Khamis, April 01, 2010

Niat suci tapi...

Di suatu malam yang hening,Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca basmallah sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca basmallah dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam itu. Semasa sedang makan malam itu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir asyik membuang angin saja.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca bismillah, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...