Rabu, September 23, 2015

Pak Jumud Sakit

Jika (A.Samad Said,2004)
Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung merangsang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya
Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya
Sambungan Jika.. (A.Jumud Sakit,2015)
Jika merangkak di dalam gelap
Gelap berjaga risau terhantuk
Jika bongkak bila bercakap
Cakap jangan diamlah atuk
Lidah hidup banyak akibatnya
Jika mencari ulat tepian busut
Busut dijaga jangan berubah
Jika sudah ditakdir tukang kasut
Kasut dibuat bukannya rumah
Lebih mati dari hidupnya
Jika pandai membela janggut
Janggut tak panjang sekemas rupa
Jika bertujuan untuk menghasut
Hasut tak berjaya bahaya menimpa
Langkah mati buruk padahnya
Jika lalu di jalan sempit
Sempit tidak pada akal dan jiwa
Jika tak mahu merasa sakit
Sakit usahlah dicari lalu dibawa
Laluan mati buruk wajahnya
Lebah bukan sebarang lebah
Lebah bersarang dipohon jati
Usah atuk usahlah resah
Usah menyesal bila sudah memulai
Bukalah minda usah mencerca...

Tiada ulasan: