Khamis, April 01, 2010

Niat suci tapi...

Di suatu malam yang hening,Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca basmallah sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca basmallah dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam itu. Semasa sedang makan malam itu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir asyik membuang angin saja.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca bismillah, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

Sabtu, Mac 27, 2010

Akal itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!


p/s : dengar dengan telinga,tengok dengan mata,jangan mudah percaya....teliti dengan akal yang dikurnia.

Jumaat, Januari 29, 2010

ROKOK PENYEBAB KEGUGURAN JANIN

Masa dok baring2 atas katil, memikirkan masa depan dan masa silam, ternampak la pada sekor labah2 kat sarang tgh dok balut mangsanya. Terpikir satu perkara, sifatnya sekor labah2 tunggu je pada sarang dia, ada mangsa datang ada la rezeki, kalo xda kebulur la jawabnye. Alangkah pemalasnya labah2 ni, kalo jalan2 skit mesti senang dpt mkn, xpayah nak tunggu lama2 kat situ. Tapi kan, pikir lama2, pikir dengan teliti, baru realize yang labah2 ni bukan pemalas sepenuhnya pun, sebab dia da usaha buat sarang, kalo xda sarang nak dapat makan cmne kan. Sarang tu dia buat sendiri kan, mana ada tolong kontraktor buatkan pun. Dia usaha ler tu, mana ade tunggu bodo jek. Tiba-tiba rasa bersalah dengan labah2, sebab kata kat dia pemalas. 

So, apa kena mengena labah2 dengan kita? Bukan nk samakan kita ni dgn labah2 tu, mana mungkin kita sama dengan haiwan, kita adalah makhluk yg dikurniakan setinggi2 kurnia, akal. Cuma kadang2 tu, sikap labah2 tu ada pada kita,yg tu xdpt kita nafikan. 

Okay. Alih perhatian kejap ek, nampak ada satu note kat kotak rokok "Rokok Penyebab Keguguran Janin". Hmm...sekurang2nya kan, kalo kita tau janin gugur sebab rokok bagus la, yang dok jumpa bayi dalam toilet, tong sampah, surau tu sbb rokok jugak ke? So, kepada semua perokok termasuk la yang dok taip neh, please beware that you'll be accuse for the buang bayi cases,hahahaha. Ini je part pasal tajuk,lain-lain xde. =p

Bermacam2 cara dan jalan manusia cari rezeki dlm dunia ni. Ada yg halal, ada yg haram, ada yg berusaha, ada yg xberusaha, ada yg bersusah2 baru dpt, ada yg senang je dpt, ada yg terus menerus susah, ada yg terus menerus senang. Byk lg la kaedah dpt rezeki.

Setiap dari kita ni, telah ditentukan pun jalan hidup kita oleh Yg Maha Esa, Allah SWT. Dalam Islam, kita disuruh berusaha mencari rezeki yg halal. Apa yg penting kita perlu ingat, usaha yg kita buat pada hari ni, mungkin xda hasilnya skarang, tapi yakin la yg usaha tu xpenah sia2. Teruslah berdoa serta berusaha semoga segalanya dipermudahkan utk kita. Janganla kita sesekali putus asa dengan Allah SWT. Sebenarnya, dlm keadaan kita xsedar, kita sedang membina sebuah sarang yg kuat lagi lengkap utk kita gunapakai di masa mendatang. 

Teringat kata2 sorg adik,nama xle sebut nanti bangga riak takabbur, "Bagi saya bang, xda perkara yg sia2 pernah berlaku dlm idup saya. Dan saya xpenah menyesal apa2 pun". Alhamdu lillah kalo kita semua pikir cmtu, mmg susah, tapi kena wat jugak, nak ke xnk ke. Kalo kita pikir, mmg betul kan, semua yg berlaku kat kita baik maupun buruk, pasti ada hikmahnya. Cuma kdg2 kita ni bersifat manusia biasa, xdpt nk trima dan hilang kesabaran. Kita semua sendiri tau hakikatnya. 

Datuk Haji Maidin pernah ckp, kalo Tuhan nak angkat seseorang yg Dia nk angkat, xda masalah bg Dia. Terpulang pada Dia la nk bg kat sapapun yg Dia nk, xkira la dia kulit hitam ke, putih ke, sempurna ke, cacat ke, usaha ke, xusaha ke, baik ke, jahat ke. Dan Dia Maha Adil, just bear that in our mind. 

p/s: amik penyapu terus sapu sarang tu, kang xpasal je kene maki,hak2.

Rabu, Januari 20, 2010

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Apa yang tak dapat itulah dapat,begitu jua sebaliknya....semoga dikekalkan-Nya...
Amiin...Ya RabbalA'lamin

Selasa, Januari 05, 2010

-merepek 2-

..biLa sAnG riNdu mULa beRbiCarA...

Ahad, Disember 27, 2009

-Merepek-

...........
sempurna bicara dengan kata-kata
sempurna perbuatan dengan gerak
sempurna hati dengan ikhlas
diri masih belum sempurna dengan ketiga-tiganya
sedar diri tidak akan pernah sempurna
kerana tiada yang sempurna
melainkan hanya Dia
Yang Maha Sempurna
...........
p/s: lame xupdate rupanye..huhu

Jumaat, November 06, 2009

Sahabat

SAHABAT YANG BAIK 
LAKSANA PENJUAL KASTURI 
SEDIKIT KESANNYA 
KEHARUMAN MELATA 

SAHABAT YANG BAIK 
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN 
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN 
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN 
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG 
MALAM BERJUANG MELAWAN KEROSAKAN 

TETAPI, 
SAHABAT YANG BAIK 
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN 
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN 
YANG MULIA DI HATI BUDI 
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA 

SAHABAT YANG BAIK 
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU 
AGAR IA TIDAK BERULANG 
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN 
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN 
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA 
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA 

SAHABAT YANG BAIK 
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN 
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN 
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN 
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN 
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN 

SAHABAT YANG BAIK 
MALUNYA MENGATASI PERAWAN 
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN 
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN 
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN 
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN 
RANTINGNYA IKHLAS 
DAN PUNCAK KEREDHA'ANNYA JADI TUMPUAN